Friday, 5 April 2019

Cara-Cara Refund E-Wallet Shopee

Assalamualaikum wbt 

hai, 
ada sapa-sapa kat sini pernah ada masalah blur camna nak refund shopee?

meh aku cerita pengalaman aku 

aku dengan shopee tak leh berpisah 
kalau boleh semua benda aku nak shopee
senang, tak ya nak keluar pergi kedai ke mall ke
tunggu 2 ke 3 hari
taraaaaaaa
sampai la barang tu kat office
dasar pemalas
lol!

minggu ni, first time ada refund shopee
itu pun shopee yang auto-cancel sebab seller tak ship pun barang yang aku order 
aku sememangnya tak pernah cancel order 
sebab normally sebelum beli, mmg aku akan baca review2 dr buyer
tu yg bestnya shopee

back to case aku 
at first aku ok ja delay sebab nampak notice yg seller tengah bercuti 

aku beli 28 March 
sepatutnya dia da kena courier at least 1st April
tapi sampai 3 April dia tak courier juga
aku dalam mood husnozon, so let it be a few days
sekali shopee buat auto-cancellation daaaaa
mula mula dia akan bagi camni



dia ada dua cara refund
depens cara payment yang korang buat 
online bank --- refund ewallet
debit / credit card  --- direct transfer to card

aku guna online banking, so bila nak refund balik tu laluan dia panjang sikit 
jom aku share cara2 dia
senang sajorhh


mohon rajin check notification ya kawan-kawan
bila da dapat camni
korang yang kena isi maklumat bank pulak 

click dekat ewallet 


lepas tu 
korang click yg withdrawal
yg bawah ni sebab aku da settlekan da
tu yang balance kosong 
kalau tak, balance kat situ adalah refund yang korang dapat



korang isi lah details bank tu 
nama , no account & bank 

contoh cam aku, aku letak CIMB bank
 tu yg appear bank CIMB BANK BERHAD


so tunggu la beberapa hari untuk clear amount tu masuk dalam akaun korang 
setiap transaction, shoppe mesti bagi notice 
macam kat bawah ni 


and surprisingly
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dalam masa sehari ja
shopee da refund pun duit tu kat account CIMB 



Good Job Shopee! 

tapi kalau korang ada masalah lagi
aku advice korang contact customer service shopee k

till meet again 
maybe next 2 years

 ♥, 
ivana

Thursday, 29 June 2017

Jalan Jalan Sabah Part 2

Bismillah 
*tampar pipi sebab tak percaya ada sambungan Sabah Trip*

Day 2,

Waktu terbaik untuk jumpa Gunung Kinabalu ialah waktu pagi, kalau dapat lepas subuh tu, memang awesome. Yang ni saya share mungkin dalam pukul 8 kot, lepas kami check out Sulap Homestay. 
Check out sesiap sebab lepas ni terus gerak ke KK. Disebakan bermalam di Kundasang cuma 1 malam, makanya tak boleh lah rilek lama-lama di situ. Banyak lagi tempat nak di explore, Bak kata kawan saya " Kau ni ivana..kalau setakat nak duduk hotel, rilek2 golek2 kat katil, baik tak payah jalan. Stay ja hotel2 dekat shah alam , KL tu.. " haha

mari mari
saya share permandangan di awal pagi, betul-betul depan Sulap Homestay
..


..


..


..


..


..


..


.. 

eceehhh... kekonon nak suspend lah tu kan.. kah3

come
come

NO EDIT AT ALL
FRESH FROM MY HUAWEI MATE 9


pemandangan dr level 1 Sulap Homestay 


pemandangan dr level 2 Sulap Homestay 

Sham bagitahu kami, tu kalau duk mengadap gunung ni around 3,4 pagi, akan nampak lah lampu2 suluh pendaki2 yang dah nak sampai puncak. Kami jumpa dak lampu2 tu?
 Memang tak lah kalau kerjanya terbongkang.. hahaha mungkin faktor kepenatan.. LOL~

Lupa nak habaq, Sulap ni ada 2 tingkat tau, boleh ja request nak stay atas atau bawah. Kami memula macam confident cakap dengan en. Uzair yg nak level 2, sekali tu, Disebabkan luggage semua serupa macam nak balik kampung, maka stay saja di level bawah. Lagi pun, disebakan kami nak masak, maka terus request bilik sebelah dapur. Senang konsepnya. Masak, Makan, Kemas Dapur, Tidur. gittewww

Dari tadi sebut Sulap Sulap Sulap kannn..
Meh saya belanja gambar sulap dari depan
Very the modern look walaupun tepi kiri kanan ala-ala nature uolls



the rombongan dari darul ehsan

Breakfast pun kami masak sendiri, nasi goreng tomyam pedas-pedas uolsss..
Yang ni, bukan saya yang masak, sebab nak masak ada turn.
. Siap bawak pulak sambal bilis, fuhhh fuhhhhhhh meletop kebabomm 

Pagi tu, destinasi pertama 


Adik


Ayong

 Terus gerak ke tempat lembu ala2 New Zealand. Nak photoshoot bagai, terus buat pagi tu masa sampai. Jangan nak masuk dalam, sbb after 930am view tak x berapa cantik  Kat situ boleh lah beli fresh milk ( jgn beli byk , sbb takut panas dlm van, last2 milk basi ) . Boleh tgk jugak pemprosesan lembu, bagi Minum susu ke Anak lembu +++


Desa Castle 

boleh lah sesiap sediakan duit beli fresh milk, waffle, aiskrim and saguhati
gila ahh guna ayat saguhati.. puiiii


come moooo come
drink your own milk



ada budak kecik buat hal, tak mau berjalan langsung dekat area lembu tu dengan alasan..
 " alaa..tempat tu kan kotor kannnn.. adik tak nak jalan kat situ "

(-__-")

After that, kami terus ke tempat ikan koi. Another awesome place, Bombon Kampung Murakau. Dont judge a place by it's name. Haha Ni tempat baru, masuk 2ringgit. Siap dpt umpan ikan 1 paket untuk setiap orang. 







konsepnya, duduk dan menghargai ciptaan Allah

Kalau tak silap saya, ada lagi tempat ikan yang famous , tapi ramai orang dan limited time. 
kalau yang dekat sini, duduk lah sampai bosan haha toilet disediakan juga hehe


see, ada 2 family ja.. 
Kami dan Pakcik tu saja

On the way perjalanan , boleh jugaaaa nampak ada kedai2 tuk service tgk bunga rafflesia. Sorang dlm rm10 kot. Kami tak singgah pun sbb driver tak berapa nak advice. Another place yg boleh jadi options is Ladang Teh Sabah. Bak kata driver juga, Cameroon punya lagi cantik, so jgn waste masa dan tenaga. And boleh juga singgah Kinabalu park. Tapi aku tak singgah juga atas alasan yang sama.
Kesimpulannya banyak tempat kami tak pergi.  




Lepas tuuu, pergi kawasan Poring Hotspring. Ok lah tuk rendam kaki ✌️ tp best part kat situ sebab boleh dengar air sungai. Hilang terus rasa stress kerja kat kabaz  masuk sorang 5ringgit kot. Ada canopy walk juga kalau nak try. View cantik tapi  itu org kata sbb  tak buat pun .


sejenis air bungkus di sana. mohon bertabah pegang macam tu saja sebab tak da tali ya tuk ikat. 

 Tak banyak gambar sebab da start penat keluar dari pagi kan... Lunch pun tak amik lagi...

Tp bear in mind, jalan still konsep perjalanan adalah still mendaki & pusing2 dan aku sekali lagi jadi ivana-the-loser for second day. Kah3.

Then, around pukul 230 kot, kami patah balik ke ranau tuk lunch sebelum bergerak ke kota kinabalu. And  kepak sekali lagi jd pilih sbb tu ja yg boleh masuk tekak  gambar kepak juga tiada. loL~

Sebelum sampai dkt kk, kami singgah dekat pekan cowboy yg baru tu.. aktiviti Kat situ samada da amik gambar @ naik kuda. So, klu tak singgah pun , takdak lah ralat sangat.




tapi ada cerita sedih dekat pekan cowboy tu, my huawei mate 9 selamat menggelunsur di sebalik batu2 area situ. omg, hp tu baru 3 hari kot.. huwaaaaaaaaa... masa tu, casing mmg tak da lagi, pi terjah dah mostly kedai dekat shah alam 
😂😳😲😭😬😫

Sampai Kat KK around 6pm, terus check in KK marina court. Amik apartment 3 bilik & pool view. 2mlm = RM 605 from Agoda.  Klu city view, mungkin boleh lagi jimat cost hehe .

View from the our corridor

 Aktiviti mlm tu just pergi rumah sedara + dinner and sleep.




ok, nice try ivana. but boring kah3
see you next year!

❤,
Ivana 

Thursday, 30 March 2017

Sabah Trip 2017 Part 1

Assalamualaikum

After two years or 3 years?
Finally 
;)

come, here the short and sweet entry regarding Sabah trip 2017

Day 1

Dalam pukul 5 pagi kami da terpacak dekat KLIA since flight kami di awal pagi.
Alhamdullilah, no delay. Flight 7.30am lebih kurang 2jam setengah bertapa dalam flight, sampai lah dekat kk airport dalam pukul 10 pagi. Flying with MAS with cost of  Rm280 for return ticket. 
Murah ;)


*Tips*
Kalau da pernah jejak bornea, boleh abaikan part 

Airport Sabah @ sarawak , dia macam lebih kurang oversea. Korang wajib lalu di area kastam tau, nanti pegawai bertugas akan bagi kad . Lebih kurang macam kad pelawat untuk masuk dan keluar dari sabah. Please make sure jangan hilang ya , nanti takut tak boleh balik semenanjung 
As alternatif, sapa2 ada passport boleh juga guna passport 
(sambil2 penuhkan muka Surat passport yg byk berbaki lagi  br berbaloi buat passport kekdahnya )


Sampai ja airport, driver van dah tunggu and terus amik lunch since perjalanan ke kundasang tu agak jauh. Untung amik dgn driver ni tuk trip yang ramai, sebab dia boleh suggest terus jadual perjalanan. Tak ya pening2 bukak Waze . Kami guna bantuan driver ni untuk full-day for 4 days. 
Dapat price RM250 perday, and the total is RM 1,000.00. 
Owh, nama driver tu Sham. Sangat friendly dan tak rasa awkward pun walaupun masa lunch tu van kena saman sebab tak letak parking ticket 😝

The journey is begin
Untuk hari pertama kami terus decide ke area Kundasang dulu, bagi settlekan yang jauh dulu.
On the way ke kundasang yg amik masa dlm 2jam++ , first pitstop is rumah terbalik  RM10.60 .  Actually an options sebenarnya nak berhenti ke tidak, bagi pendapat saya, da alang2 sampai Sabah, singgah ja bah
Anyway, dekat area situ ada juga 3D muzium tapi driver kata kat semenanjung da berlambak 3D museum. Maka kami tak masuk lah 3D muzium tu..

*rumah terbalik*



Next is as jambatan tamparuli. kenal tempat tu pun sebab Marsha :)


 lepas jambatan tamparuli tu, jalan nak start membukit macam cameron highland ya.
Bagi mengelak adegan muntah, mohon bawak minyak angin dan adik beradik beliau. Kalau tak, haha jadi lah mcm saya , sebab jalan-jalan berliku ni adalah benda yang aku failed. 
Ivana-the-loser sangat


Dlm perjalanan ke kundasang tu juga, boleh singgah Pasar Nabalu . Beli lah bermacam jenis buah. Lagi-lagi nenas dia , gilaaaaa sedap + manis. Saya yang jenis tak makan nenas pun boleh telan beberapa potong. Beli sebijik and minta jasa dia kupas sesiap. Tips, jangan lupa beli kicap dia sekali & ada kat sabah ja rasanya kicap tu.

Macam-macam ada jual kat situ, klu nak beli t-shirt atau cenderahati pun ok juga.  
The importante is finally kat situ ada toilet kahkahkah , prepare lah siap2 sebab jauh lagi nak ke kundasang tu. anything can be happen in future.

*view tepi toilet pasar nabalu*
view is SUBHANALLAH, Weather is SUBHANALLAH

After 45mins kot ( hahah pepandai ja kan ) , sampai lah dekat pekan ranau. Nak tau da sampai ranau tu bila nampak roundboard ada buah kobis kat tengah2 roundboard tu. Disebabkan ada orang tu agak *loser* so, terpaksa pinjam gambar dari blog lain. 

mohon izin ya tuan blog 

and the BEST ever part during this journey is

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..





It's 4pm and this is very warm welcome from Gunung Kinabalu
Sangat jarang berlaku bak kata Sham. sampaikan dia pun excited nak ambil gambar juga
kalau ada yang tak percaya, meh sini saya share 

mohon compare, ni gambar masa balik, awan pemalu habis nak tunjuk puncak gunung 
beza kannnn


. Kalau jenis nak memasak, boleh lah beli sayur2 kat situ. Cuma jgn expect tinggi sangat akan tahap fresh sayur tu.. huhuuu mungkin masa tu tak da rezeki untuk saya.. just masak most easy-peasy meal, buat lah tomyam tuk dinner. Fuhhh~ sedap dan jimat. Bahan2 dia better bawak dr semenanjung mcm bawang ,tomyam kiub, beras etc. Jangan lupa tapau sekali kepak bakar dengan pekan ranau tuuu.. sedapppppp..

*tips*
carilah any homstay yang ada kitchen atau yang sediakan dinner. Senang sebab malam confirm dah malas nak keluar, dengan cuaca yang sejuk mencucuk tulang lagi.
Kami semua bermalam di kundasang tanpa mandi.. hahaha

Disebabkan kami decide untuk masak, so selepas survey, kami pilih homestay "SULAP".
 Ada sharing kitchen ✌️
Image result for sulap homestay
*Homestay SULAP*
new place, new equipment and everything is new
RM180 per night

ada banyak lagi bilik, starting price for RM90

Kalau ada yang berminat untuk stay di SULAP, boleh click link bawah ni.. tak pun boleh contact the owner of Sulap , Mr Uzair +6011 1315 4687

Sulap FB : https://www.facebook.com/hey.sulap/timeline
Sulap IG ( Hey.Sulap ) : https://www.instagram.com/hey.sulap/

Orait, since sy da cakap yang ada dapur kan, meh saya share bukti memasak. diulang semula ya.. SAYA yg masak. haha



* Nasi Putih * Tomyam * Sardin Pedas*

Anyway, disebabkan kepenatan terpacak dekat KLIA dr pukul 5 pagi, malam xda aktiviti sangat melainkan dinner dan terbongkang. 💤💤💤 And please please please, kesejukan tahap melampau walaupun saya manusia banyak lemak .  Kalau Ada bawak budak, make sure prepare them well at lease ada stokin + long sleeve. Macam aku, bawak cousin umur 3tahun, mlm tu duk merengek menangis ja...cam bergegar juga lah sulap tu dengan suara dia. Maybe sebab pening, tak biasa dgn kesejukan,  penat atau perubahan cuaca . Standby la panadol budak kecik sekali.

Itu lah cerita di hari pertama. ada lagi hari ke 2 sampai ke 4.
😀


ok, rasa penat menulis.
part 2?  mungkin ada mungkin tiada
hahahhaha

❤,
Ivana

Sunday, 15 February 2015

2015 is a great starter?

Assalamualaikum wbt

Selepas genap setahun
akhirnya bertuan juga blog yang terabai ini

blog ni kalau disamakan dengan rumah
memang lalang mungkin da sama tinggi dengan bumbung

2015
A GREAT STARTER?
not really good, but ok lah
masih bernafas dibumi Allah

yaaa
I still have job, family, friend and mechy too
dan
 still survived!

dan
anda bagaimana?


 ♥,
ivana

Saturday, 15 February 2014

Bertemu kembali...

Assalamualaikum wbt 

Rasa bermusim tidak menaip
Last blog di update 29 Oktober 2013
Harini da melangkau ke 15 Februari 2014
Hari, bulan, tahun da bersilih ganti
Masa masa masa
Pantas sungguh berlalu

Dan...

Ambooiiii bahasa sajak sangat kenapa ni?
Hahahaa

Alhamdulillah, 
Tahun 2014
A good start for me
Umur pun da bertambah ke 25 tahun
Sudah ada kerja tetap walaupun duk tengah probation
Hopefully everything going well insyaAllah
Doakan ya!!

But, teaching always in my heart..always..
Cuma mungkin tahap kesabaran mengajar tak sampai tahap yang sepatutnya
Ahakss!!

Impian 2014

Find my other-half
Travelling
More positive in everything
Lose weight
Lose weight
Lose weight

^_^



Hujan panas yang terik bukan masalah
Warna Tudung tak matching denagn baju pun bukan satu isu
Hahhahaaa
Yang penting
Smile and  camera please..


Have a nice day!!
Selamat tahun baru 2014
Walaupunnnnn da masuk bulan 2


 ♥,
 ivana

Tuesday, 29 October 2013

Congratulation Mechy

Assalamualaikum wbt 

I received a good news 
After subuh, i got this


I'm happy like i'm the one who did well 
Hahaha

Dear,
You-know-who-you-are-even-I-know-you-won't-find-this-entry
I'm really happy for you
Best of luck in whatever you do
I'm happy when i see your happiness
My pray for your success is always with you
Thank you always listen to my up-down-left-right crazy story




 ♥, 
ivana

Thursday, 17 October 2013

3 newborn in the family

Assalamualaikum wbt 

whats up?
currently the clock shown  6:16 am
pagi subuh ya
dan tak tau kenapa rajin update di subuh hari
hikks!

orait, just nak share
dalan bulan September & Oktober ni
kami dapat  rezeki Allah
kami bertambah lagi ahli keluarga seramai TIGA orang
i'm happy plus exciting

3 babies
2 girls
1 boy

aauuwwwww
lovely kan?



the only Prince

cousin
Mohd Hazrie Azle
26 September 2013

semoga cepat sembuh sepupu!



niece
Raudhatus Syifaa Mohd Rashid
4 October 2013

masih belum berkesempatan berjumpa
insyaAllah, ada rezeki kita berjumpa ya


and my obsession now
yummmyyyy






cousin

born a day before Hari Raya Haji
14 Oktober 2013
Nur Syaznureen Lizad

*baby lahir awal seminggu, mungkin mahu bersama-sama takbir hari raya*
mata sepet, kulit macam anak cina
^_^

pesanan untul lovely baby

hai babies,
be a good anak dunia akhirat ya
ikut cakap ibu bapa
jangan selalu sangat nangis di tengah malam
huahuahuahuwaaa
*senyum*


and one more cominggggggg sooooooon
till we meet again!

 ♥,
 ivana

Sunday, 13 October 2013

Hari Minggu Yang Hebat

Assalamualaikum wbt 

How your weekend?
I'm great!
Super duper great
On Saturday, 

Morning
 tuition class

Evening 
Baby stuffs shopping time with auntie
OMG i'm so exciting for this
Never have any experience, and it's really make my day
I think, i'm more exciting than her
Hahaha
Can't wait for the baby!

*exciting sampai tak dak gambar*
(^_<)

Next day pula,
Memang lagi exciting lah
Sebab jumpa my close friend
Last time jumpa pun masa bulan May
Sekarang bulan October
*dushhh*

Nak buat macam mana, everyone busy


Dominos
4 persons
Yummy
Stomach was fulled
Alhamdulillah


Ajmal is very funny friend
Keep on laugh in whatever she do


Four of us
Ajmal , Elleyza, Ivana, Aswa


Aswa said she love like picture
Candid!


A bit proper
Sighhh


Ivana in the picture
I just realized my skirt and scarft are exaclty like dominos theme
T_T


While in elleyza's car
Snap snap snap
Who is the static one?
Bhahaha

Anyway, we special name for this group
FF4
Sebelum ni nama group tu lagi pelik
TDKXS
Haaaaaa..cer teka apakah maksud itu?
Lolollol
Tahun Depan Kami X Single 

So, semalam saja cakap
"Korang, lagi berapa bulan nak masuk 2014"
Bulan 10, 11, 12
Baiklah, sebelum sorang2 kena sumpah, baik kita tukar nama group ni
Semua terus setuju
Hahahhaa
Achievement tak tercapai

Kalau ada sapa yg berminat dengan 3 orang anak dara tu, comment ja kat bawah ni..
Nanti kite adjust
Hhahha
Laaariiiiiiiii

Till meet again


 ♥,
 ivana

Tuesday, 24 September 2013

CCM : Pulau Pangkor

 Assalamualaikum wbt

Sekarang ni, rasa stress ja datang sekolah
Ni memang sangat jujur
Mungkin sebab tak ramai kawan?
Almaklumlah, sekolah baru tuk 3bulan akan mendatang
Eh, sebenarnya tinggal 2 bulan ja 
Hehehe

Sekarang, 
Tengah demam UPSR
Maka, banyak kelas yang cuti, termasuk lah kelas tuan blog
Minggu ni belajar hari rabu dengan jumaat ja
Heaven? Owh tidak, sesungguhnya boring weyyyyy


Contoh muka boring
-_-

Bukan main lagi mukadimah..maafkan hamba..
*wink*wink*

Ok, ni saja nak update cuti-cuti malaysia
PULAU PANGKOR
Yer, dekat ja, sebelah negeri selangor ja
Ni cerita tak tahu berapa bulan yang lepas
^_^

Hari kejadian
Bertolak pun tengah malam, then around 5am kami da sampai.
Bukan kalut ke apa, tapi kami memang plan pergi sehari ja
Amik feri paling awal, then around 6pm, chowww
Pangkor ni bukan luas sangat
Lain lah nak pi honeymoon..
Aauuwww~

Cik empunya blog tak pandai cerita, sebab akhirnya akan melalut ke laut
Maka tengok gambar je lah eh 


Muka sebelum bertolak
Dalam 12 tengah malam
Mata kekonon segar
Nan-adooooo
Masuk kereta terus Zzzzzzzzz



On the way pi sana, sempat pekena mamak
Niatnya tak mau bagi driver mengantuk, lastly penuang yang over melantak.
Pppfftt sangat kan? 
Nasi lemak + teh tarik
Ooooiiiiiiii..lapaq!

Bukti kami sampai sebelum subuh
Jeti pun gelap gembita lagi

The familia

Lepas solat subuh, terus pi jeti
Tiket paling awal, 7 pagi



Dramatic sangat kan jeti ni..
Awan mendung berarak namanya
Hahah biasa lah, terima kasih camera360


Jarang naik feri, 
maka mari lah tabahkan diri amik gambar dalam ramai orang kat situ


Cousinssss and their ayahanda
New baby is coming soooon

Samapi di pulau,
Kami sewa van
Errr RM80 perday?
Lupaaaaa~
Ok lah, semua tentera boleh sumbat dalam van tu 
Van ni akan bawak kita ke tempat yg tertentu
Contohnya




First place 
Jangan tanya apa nama tempat ni, sebab saya tak ingat langsung
T_T
Tapi kawasan sejarah, ada kubu, meriam bla bla bla




Second place,
Pun tak tahu juga nama
Ampunnn..
Tapi something regarding chinese tradition 

Tapi di sebabkan ahli rombongan majoriti kanak-kanak, termasuk yang sedang menaip,
Maka kami sebulat suara nak terus pergi ke pantai
Yeahhhhh

One of the best beauty beach


No edit, no filter
This is truly malaysia

I was like,
Subhanaallah, Allah
You are the great, this is just a small gift to us
And imagine how heaven is..
*menangis*


Again
Wooowwww


Di sebabkan gambar overload, kita buh into collage je lah 


Cik empunya blog tak cukup ringan, kalau tak, confirm da terbang


Happy cousin!!
^_^
Walaupun sebenarnya, muka semua da start hangus


Wuwuuwuuuu
Kaki gigil masa nak naik bot, boleh?
T-T
Duk pegang tiang bot, tak mau lepas
Lawak!
Tapi lama-lama, ok.....


Island hoping
Yang kat atas tu, pulau paus..
Cuba perati kat atas tengah tu, paus tu macam tengah nangis
Yang bawah tu pulak, pulau buaya 
Sama kan?

Masa yang di tungguuuuu
Snorkeling
Nak cari nemo hensem tapi pemalu


Sini cetek ja
Tapi still ada nemo


Ok, 
Snorkeling syok
Tapi di ingatkan, walaupun nemo tu nama comel, tapi jangan cuba sentuh atau tangkap ya
Sebab nemo tu ada bisa, kalau terkena kat tangan,
Bertabahhhh la anda

Lagi satu, di sebabkan diri ini rabun, maka aktiviti snorkeling macam kurang syok..
Hehehee
Kabus semacam

Itu je lah aktiviti,
Fun happy laugh
Ok, plus it make your skin tanned
Haha

Last but not least,
The most exhausted superman
Hehe


Tumbang di tepi jalan
Penat sangat
Tapi kalau kita pun kecik macam dia, confirm join sekali tiduq!

Last amik feri jam 6petang, most of us, fall asleep in the ferry
Sampai jeti lumut, kami terus lapaaarrrr



Orait,
Thanks for reading
Hehe 

Till meet again


 ♥,
 ivana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...