Saturday, 11 August 2012

alkisah sahur

Assalamualaikum
ni entry dalam keadaan tergesa-gesa sebab mata mengantuk yang amat
malam tadi tak dapat tidur waima seminit
kadang-kadang aku memang ada peel pelik sikit, kalau penat sangat susah nak tidur
bukan selalu lah terjadi, tapi certain case memang mata tak mau lelap
kesian bukan?

ok, itu da melalut
dalam minggu ni i'm craving for ikan sardin
sardin yang dalam tin tu
sungguh lah,  nak buka nak sahur dengan sardin 
tapi tak tercapai gak
ada la merayu domba ngan ibu aku

aku : bu, hari ni akak nak masak sardin eh...teringinn
ibu : habis tu, yang kuey tiaw kamu beli tu nak masak bila. kamu juga kan yang nak kuey tiaw

huwwwwaaaaaaaa
sentap!! sentap!! sentap!!
di sebabkan aku sendiri juga yang hari tu cakap nak kuey tiaw, maka terpaksa lah aku menelan angan-angan ja nak makan sardin tin tu

lagi satu, aku siap mengadu domba kat Ym
siap tulis kat status
"Siesa, nak makan sardin yang masak kat dalam rice cooker macam zaman kita belajaq dulu"

so, dapat rasakan tak macam maana aku punya mengidam sardin
hari ni tekad, aku nak masak sardin juga tuk sahur!!
sardin! sardin! sardin!!

0430 aku da turun dapur,
pi cek rice cooker dulu, sekali tu nasi xda..
bergegas masak nasi
then potong bawang merah,bawang putih, cili padi bla bla bla tuk masak sardin

rasa cam tak lengkap, terus goreng telur 
taaarrraaaaaaa


sardin nom nom nommmmm...


telur dadar marveous


nice combination :')

selamat bersahur semua
>___<"


Wednesday, 8 August 2012

Wordless Wednesday 8thAugust2012


tadi saja buat print screen google chroome
so, lapan perkara yang menyerlah tu memang la nampak sangat aktif di buka

tapi persoalannya,
apasal yang kotak ke-lapan tu appear sekali?
kerap sangat ke aku menjejaki waktu solat di sana
duduk di malaysia aku ni..
T__T"

Menu Berbuka

Assalamualaikum
bertemu kembali 
sebenarnya tak tahu apa nak tulis kat blog capuk ni
orang lain aku tengok idea mencurah-curah
kalau aku?
tulis sikit, last-last tersimpan la dalam draft
kadang-kadang tu, semangat click new post, tapi hareeemmm
langsung tak da tulis apa-apa pun

:"0

tapi di sebabkan aku tengok orang lain duk post pasal berbuka puasa
maka, aku nak join lah sekali, kot-kot lah puasa tahun tahun tahun hadapan tak taw nak masak apa, boleh rujuk balik entry ni

so, hari isnin tu kan nuzul Quran
yes, Selangor cuti 
>_<"

tiga family buka kat rumah aku
agak meriah lah gak kan, kalau tak empat orang je berbuka kat rumah aku
ni menu yang sempat di masak dan di beli
anyway, ni semua gambar selepas abis makan
almaklum lah, sat gi kalau amik gambaq masa nak berbuka, silap2 aku free2 je dapat tazkirah dari makcik + pakcik
:D



ikan cencaru sumbat
*home-made*


kuih hijau
*pak cik beli*


special sandwich
*home-made*


nasi impit comel
*beli dan rebus sendiri*


kalau ada nasi impit, mesti lah ada ayam masak kicap
*sila abaikan la warna bekas tu*


sayur tumis campur
*home-made*


tembikai



kuih melaka
*home-made*
request dari makcik yang kena bekerja isnin tu since dia kerja area KL


teh bunga, kopi panas, oren ais



ulam-ulaman juga tidak di lupa


last but not least
home-made juga
dari tangan si empunya blog
sila jangan gelakkan
kerana ia cubaan yang pertama
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..




home-made cheese cake
>___<"
a bit hangus di atas, tapi the texture is good

*updated : da tunjuk kat sifu yg mengajar cheese cake, dia kata sebab aku set api atas bawah. supposely, bawah ja.hehehe its OK, raya nanti boleh buat tuk yang datang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...