Assalamualaikum wbt
tajuk entry memang tak match dengan keadaan semasa
kita sudah lama tinggalkan bulan Syawal cik ivana oooiii
baru sekarang nak buat entry pasal duit raya?
ppfffttt
ye la..saya tahu, saya da ketinggalan nak buat entry
tapi tak pa lah sebab rasanya tajuk entry ni memang sangat penting dan harus di ingat untuk seumur hidup
amboi, serius bunyi
tadi pergi selongkar beg yang guna tuk simpan duit raya
maka terjumpa lah ni
rasanya ada a few sampul raya yang da ter-miss
tapi aku yakin duit raya tu aku tak guna lagi sebab ada duit raya yang tak da sampul
selalunya duit raya ni akan terguna kalau aku terdesak
desperate nak guna duit
macam cakap awal tadi, tahun ni duit raya sangat penting
sebab mungkin ini tahun terakhir tuk dapat duit raya
tak tahu lagi ada rezeki duit raya atau tidak untuk tahun depan
macam tahun ni pun, banyak da tak dapat duit raya
aku rasa macam aku muda lagi taw. 23 tahun di kira muda bukan?
#paaaaaanngggggg
insyaAllah, tahun depan kalau ada rezeki, turn aku pulak tuk bagi duit raya
excited je rasa nak hulur, then boleh cakap
"ni salam nak cakap apa? da dapat nak cakap apa"
hahaha nampak tak? perangai bossy + tak ikhlas tu?
bukan apa, now days aku lah yang selalu hulur duit raya on behalf ibu
so, normally mereka hulur tangan ja pastu blah
at least, should teach them how to appreciate the duit raya
at least ajar cakap " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"
simple je kan, tak susah pun
lepas konvo ni tekad nak cari kerja
sudah lama sangat duduk rumah
nak kumpul duit tuk Iphone or Lumia or ProMac or Dell or DSLR
ambooii, kemain banyak wish kau kan!!
No comments:
Post a Comment