Friday, 23 November 2012

Subuh

Assalamualaikum wbt 

its Friday! Friday
amacam kawan-kawan semua? sihat?

Subuh?
iyaaaaaa...arini da story sikit pasal Subuh
Bagi aku, Subuh ialah permulaan setiap hari. Kira macam the alarm-beginning of the day.
 Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai kita mulakan hari kita dengan solat Subuh.
 Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.



 Ada sesiapa yang selalu ter-skip solat Subuh? tak pun selalu Subuh gajah?
Aku pun tak kecuali, selalu terbabas juga. 
My bad :(



Ok, hari ni nak kongsi sikit pasal tips mudah untuk kita bangun to perform solat Subuh.
Terpanggil lah aku tuk google-google cara untuk senang bangun subuh. Kat sini aku share kan tuk korang ya

masa meng-google tu aku jumpa dari blog ni

Petua ini katanya ada dikongsi melalui Radio IKIM oleh seorang Syeikh dari Negara Arab. 
Sebelum tidur kita baca Surah Al-Qadr sehingga habis dan kemudian pada ayat terakhir diulang sebanyak 7 kali. 
 Sewaktu membaca ayat tersebut, kita niatkan lah dalam hati, kita nak bangun pukul berapa. 
In Syaa Allah, kita akan terjaga pada waktu yang di niatkan itu. 


Ayat yang bergaris merah itu diulang sebanyak 7 kali.  

Boleh juga di amalkan untuk tujuan lain, maksudnya bukan limited untuk bangun solat subuh sahaja.
 Mungkin kita nak bangun stay-up tengah malam, ataupun kena bangun awal sebab nak siapkan kerja, ataupun kena prepare awal pagi sebab nak kerja waktu flight.

Tapi di ingatkan, jangan lupa set alarm hp juga. Tak pun mintak tolong sesiapa tolong kejutkan
^_^

Additional tips from FB


•Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.•
• Ambil wuduk sebelum tidur.•
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.•
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.•
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”•
• Maafkan semua orang sebelum tidur.•
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.•
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.•

errr..kalau ada yang tersilap tu, maksudnya datang dari saya sendiri ya, tegurkan saya


ada sesiapa ada cara mudah untuk bangun subuh? mari lah share sama-sama
sharing is caring

 ♥,
 ivana

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...