Thursday, 20 October 2011

HUJAN

lirik lagu hujan ni agak-agak menyentuh jiwa
lagi-lagi bila baru ja kena marah
padahal rasanya benda itu sangat kecil
tapi memang agak tersentap

sambil-sambil mendengar lagu
sambil-sambil menonton video
sambil-sambil mengeja segala lirik
sambil-sambil hujan yang sedang berderaian di luar bilik

keseorangan
sepi
kosong


Aku Yang Asing - Hujan


wangi kau lalu
wangi bagaikan oh bunga

kau tak kenali
aku yang selalu perhatikanmu
berseri bagaikan bintang
ku tak mahu
kau kan hilang di waktu siang
biar pun aku yang asing

selalu memikirkanmu
ku percaya cinta
itu memang buta

harap kau sudi mendengar
deruan janji jiwaku
melalui lagu ini
ohhh untukmu



Tuesday, 11 October 2011

REZEKI ITU HAK ALLAH

assalamualaikum

**aku sememangnya terlalu naif dalam perihal ini, tapi aku ingin berkongsi bersama akan perihal ini**


apakah itu rezeki?
percaya-kah anda setiap orang ada rezeki masing-masing?
percaya-kah anda bahawa setiap rezeki itu adalah hasil usaha kita sendiri?
percaya-kah anda bahawa ALLAH sememangnya memegang kuasa mandatory terhadap pemberian rezeki itu kepada setiap hambanya?

rezeki ini sebenarnya umpama seperti nasi yang kita makan setiap hari




benih >  padi >   petani >   pengilang >   beras>   pembekal >   peruncit >   peniaga >   kita
setiap individu diatas ada rezeki masing-masing bukan ?
 ;)

adakalanya rezeki yang kita peroleh itu mungkin sebenarnya rezeki orang lain tapi kita dulu yang merasa
seperti ibu yang sedang mengandungkan anaknya
ibu akan makan dahulu sebelum anak di dalam perut itu merasa kenikmatan rezeki Tuhan

dalam rezeki orang kaya mungkin ada rezeki orang miskin
dalam rezeki si suami mungkin ada rezeki si isteri
dalam rezeki si ibu, mungkin ada rezeki si anak
dalam rezeki si anak mungkin ada rezeki ibu ayah




maka, siapa kita jika mahu mempersoalkan sesuatu rezeki itu
apatah lagi perihal rezeki orang lain
lambat atau cepat insyaAllah, tetap ada rezeki untuk kita
berusaha-lah!!


kadang-kadang aku sedikit terasa pabila orang berkata

" hang tak pa lah, hang budak scholar, duit banyak masuk, tak macam kitaorang "

kawan-kawan,

ia bukan nya rezeki yang jatuh ke riba
ia bukan nya rezeki seperti lucky draw
ia bukan nya rezeki seperti "eh, saya nak pilih awk la, saja suka-suka"
ia bukan nya rezeki yang memakan masa hanya sehari
ia bukan nya rezeki tanpa usaha
ia bukan nya rezeki sekadar duduk bergoyang kaki



itu rezeki Allah
itu rezeki STPM 2007
itu rezeki zaman kejatuhan SPM 2005
itu rezeki aku berjuang di tingkatan enam pabila semua kawan-kawan telah ke IPTA
itu rezeki aku bila tidak ada satu pun IPTA terima aku sebagai pelajar diploma mereka
itu rezeki aku pabila orang kata "owh..tak dapat mana-mana offer"
itu rezeki ibu abah yang sanggup hantar ke tuisyen dari lower six hingga ke hari STPM
itu rezeki ibu abah aku yang hantar aku kesekolah di awal 6.30 pagi
itu rezeki aku yang sampai ke rumah pada waktu petang atau malam hari
itu rezeki aku bila pertama kali dapat biasiswa

;)



percaya lah bahawa setiap hambaNya ada rezeki masing-masing
tetapi sebagai hambaNya juga harus lah berusaha untuk mencapai sesuatu perkara itu
satu ayat yang aku tetap pegang sehingga kini

"kalau aku tak tolong diri aku sendiri, kau rasa Allah nak tolong kau tak?"

;)



sekian 
*adakah entry ini terlalu ber-emosi?*








Wednesday, 5 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1

aku rindu mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...