Thursday, 29 June 2017

Jalan Jalan Sabah Part 2

Bismillah 
*tampar pipi sebab tak percaya ada sambungan Sabah Trip*

Day 2,

Waktu terbaik untuk jumpa Gunung Kinabalu ialah waktu pagi, kalau dapat lepas subuh tu, memang awesome. Yang ni saya share mungkin dalam pukul 8 kot, lepas kami check out Sulap Homestay. 
Check out sesiap sebab lepas ni terus gerak ke KK. Disebakan bermalam di Kundasang cuma 1 malam, makanya tak boleh lah rilek lama-lama di situ. Banyak lagi tempat nak di explore, Bak kata kawan saya " Kau ni ivana..kalau setakat nak duduk hotel, rilek2 golek2 kat katil, baik tak payah jalan. Stay ja hotel2 dekat shah alam , KL tu.. " haha

mari mari
saya share permandangan di awal pagi, betul-betul depan Sulap Homestay
..


..


..


..


..


..


..


.. 

eceehhh... kekonon nak suspend lah tu kan.. kah3

come
come

NO EDIT AT ALL
FRESH FROM MY HUAWEI MATE 9


pemandangan dr level 1 Sulap Homestay 


pemandangan dr level 2 Sulap Homestay 

Sham bagitahu kami, tu kalau duk mengadap gunung ni around 3,4 pagi, akan nampak lah lampu2 suluh pendaki2 yang dah nak sampai puncak. Kami jumpa dak lampu2 tu?
 Memang tak lah kalau kerjanya terbongkang.. hahaha mungkin faktor kepenatan.. LOL~

Lupa nak habaq, Sulap ni ada 2 tingkat tau, boleh ja request nak stay atas atau bawah. Kami memula macam confident cakap dengan en. Uzair yg nak level 2, sekali tu, Disebabkan luggage semua serupa macam nak balik kampung, maka stay saja di level bawah. Lagi pun, disebakan kami nak masak, maka terus request bilik sebelah dapur. Senang konsepnya. Masak, Makan, Kemas Dapur, Tidur. gittewww

Dari tadi sebut Sulap Sulap Sulap kannn..
Meh saya belanja gambar sulap dari depan
Very the modern look walaupun tepi kiri kanan ala-ala nature uolls



the rombongan dari darul ehsan

Breakfast pun kami masak sendiri, nasi goreng tomyam pedas-pedas uolsss..
Yang ni, bukan saya yang masak, sebab nak masak ada turn.
. Siap bawak pulak sambal bilis, fuhhh fuhhhhhhh meletop kebabomm 

Pagi tu, destinasi pertama 


Adik


Ayong

 Terus gerak ke tempat lembu ala2 New Zealand. Nak photoshoot bagai, terus buat pagi tu masa sampai. Jangan nak masuk dalam, sbb after 930am view tak x berapa cantik  Kat situ boleh lah beli fresh milk ( jgn beli byk , sbb takut panas dlm van, last2 milk basi ) . Boleh tgk jugak pemprosesan lembu, bagi Minum susu ke Anak lembu +++


Desa Castle 

boleh lah sesiap sediakan duit beli fresh milk, waffle, aiskrim and saguhati
gila ahh guna ayat saguhati.. puiiii


come moooo come
drink your own milk



ada budak kecik buat hal, tak mau berjalan langsung dekat area lembu tu dengan alasan..
 " alaa..tempat tu kan kotor kannnn.. adik tak nak jalan kat situ "

(-__-")

After that, kami terus ke tempat ikan koi. Another awesome place, Bombon Kampung Murakau. Dont judge a place by it's name. Haha Ni tempat baru, masuk 2ringgit. Siap dpt umpan ikan 1 paket untuk setiap orang. 







konsepnya, duduk dan menghargai ciptaan Allah

Kalau tak silap saya, ada lagi tempat ikan yang famous , tapi ramai orang dan limited time. 
kalau yang dekat sini, duduk lah sampai bosan haha toilet disediakan juga hehe


see, ada 2 family ja.. 
Kami dan Pakcik tu saja

On the way perjalanan , boleh jugaaaa nampak ada kedai2 tuk service tgk bunga rafflesia. Sorang dlm rm10 kot. Kami tak singgah pun sbb driver tak berapa nak advice. Another place yg boleh jadi options is Ladang Teh Sabah. Bak kata driver juga, Cameroon punya lagi cantik, so jgn waste masa dan tenaga. And boleh juga singgah Kinabalu park. Tapi aku tak singgah juga atas alasan yang sama.
Kesimpulannya banyak tempat kami tak pergi.  




Lepas tuuu, pergi kawasan Poring Hotspring. Ok lah tuk rendam kaki ✌️ tp best part kat situ sebab boleh dengar air sungai. Hilang terus rasa stress kerja kat kabaz  masuk sorang 5ringgit kot. Ada canopy walk juga kalau nak try. View cantik tapi  itu org kata sbb  tak buat pun .


sejenis air bungkus di sana. mohon bertabah pegang macam tu saja sebab tak da tali ya tuk ikat. 

 Tak banyak gambar sebab da start penat keluar dari pagi kan... Lunch pun tak amik lagi...

Tp bear in mind, jalan still konsep perjalanan adalah still mendaki & pusing2 dan aku sekali lagi jadi ivana-the-loser for second day. Kah3.

Then, around pukul 230 kot, kami patah balik ke ranau tuk lunch sebelum bergerak ke kota kinabalu. And  kepak sekali lagi jd pilih sbb tu ja yg boleh masuk tekak  gambar kepak juga tiada. loL~

Sebelum sampai dkt kk, kami singgah dekat pekan cowboy yg baru tu.. aktiviti Kat situ samada da amik gambar @ naik kuda. So, klu tak singgah pun , takdak lah ralat sangat.




tapi ada cerita sedih dekat pekan cowboy tu, my huawei mate 9 selamat menggelunsur di sebalik batu2 area situ. omg, hp tu baru 3 hari kot.. huwaaaaaaaaa... masa tu, casing mmg tak da lagi, pi terjah dah mostly kedai dekat shah alam 
😂😳😲😭😬😫

Sampai Kat KK around 6pm, terus check in KK marina court. Amik apartment 3 bilik & pool view. 2mlm = RM 605 from Agoda.  Klu city view, mungkin boleh lagi jimat cost hehe .

View from the our corridor

 Aktiviti mlm tu just pergi rumah sedara + dinner and sleep.




ok, nice try ivana. but boring kah3
see you next year!

❤,
Ivana 

Thursday, 30 March 2017

Sabah Trip 2017 Part 1

Assalamualaikum

After two years or 3 years?
Finally 
;)

come, here the short and sweet entry regarding Sabah trip 2017

Day 1

Dalam pukul 5 pagi kami da terpacak dekat KLIA since flight kami di awal pagi.
Alhamdullilah, no delay. Flight 7.30am lebih kurang 2jam setengah bertapa dalam flight, sampai lah dekat kk airport dalam pukul 10 pagi. Flying with MAS with cost of  Rm280 for return ticket. 
Murah ;)


*Tips*
Kalau da pernah jejak bornea, boleh abaikan part 

Airport Sabah @ sarawak , dia macam lebih kurang oversea. Korang wajib lalu di area kastam tau, nanti pegawai bertugas akan bagi kad . Lebih kurang macam kad pelawat untuk masuk dan keluar dari sabah. Please make sure jangan hilang ya , nanti takut tak boleh balik semenanjung 
As alternatif, sapa2 ada passport boleh juga guna passport 
(sambil2 penuhkan muka Surat passport yg byk berbaki lagi  br berbaloi buat passport kekdahnya )


Sampai ja airport, driver van dah tunggu and terus amik lunch since perjalanan ke kundasang tu agak jauh. Untung amik dgn driver ni tuk trip yang ramai, sebab dia boleh suggest terus jadual perjalanan. Tak ya pening2 bukak Waze . Kami guna bantuan driver ni untuk full-day for 4 days. 
Dapat price RM250 perday, and the total is RM 1,000.00. 
Owh, nama driver tu Sham. Sangat friendly dan tak rasa awkward pun walaupun masa lunch tu van kena saman sebab tak letak parking ticket 😝

The journey is begin
Untuk hari pertama kami terus decide ke area Kundasang dulu, bagi settlekan yang jauh dulu.
On the way ke kundasang yg amik masa dlm 2jam++ , first pitstop is rumah terbalik  RM10.60 .  Actually an options sebenarnya nak berhenti ke tidak, bagi pendapat saya, da alang2 sampai Sabah, singgah ja bah
Anyway, dekat area situ ada juga 3D muzium tapi driver kata kat semenanjung da berlambak 3D museum. Maka kami tak masuk lah 3D muzium tu..

*rumah terbalik*



Next is as jambatan tamparuli. kenal tempat tu pun sebab Marsha :)


 lepas jambatan tamparuli tu, jalan nak start membukit macam cameron highland ya.
Bagi mengelak adegan muntah, mohon bawak minyak angin dan adik beradik beliau. Kalau tak, haha jadi lah mcm saya , sebab jalan-jalan berliku ni adalah benda yang aku failed. 
Ivana-the-loser sangat


Dlm perjalanan ke kundasang tu juga, boleh singgah Pasar Nabalu . Beli lah bermacam jenis buah. Lagi-lagi nenas dia , gilaaaaa sedap + manis. Saya yang jenis tak makan nenas pun boleh telan beberapa potong. Beli sebijik and minta jasa dia kupas sesiap. Tips, jangan lupa beli kicap dia sekali & ada kat sabah ja rasanya kicap tu.

Macam-macam ada jual kat situ, klu nak beli t-shirt atau cenderahati pun ok juga.  
The importante is finally kat situ ada toilet kahkahkah , prepare lah siap2 sebab jauh lagi nak ke kundasang tu. anything can be happen in future.

*view tepi toilet pasar nabalu*
view is SUBHANALLAH, Weather is SUBHANALLAH

After 45mins kot ( hahah pepandai ja kan ) , sampai lah dekat pekan ranau. Nak tau da sampai ranau tu bila nampak roundboard ada buah kobis kat tengah2 roundboard tu. Disebabkan ada orang tu agak *loser* so, terpaksa pinjam gambar dari blog lain. 

mohon izin ya tuan blog 

and the BEST ever part during this journey is

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..





It's 4pm and this is very warm welcome from Gunung Kinabalu
Sangat jarang berlaku bak kata Sham. sampaikan dia pun excited nak ambil gambar juga
kalau ada yang tak percaya, meh sini saya share 

mohon compare, ni gambar masa balik, awan pemalu habis nak tunjuk puncak gunung 
beza kannnn


. Kalau jenis nak memasak, boleh lah beli sayur2 kat situ. Cuma jgn expect tinggi sangat akan tahap fresh sayur tu.. huhuuu mungkin masa tu tak da rezeki untuk saya.. just masak most easy-peasy meal, buat lah tomyam tuk dinner. Fuhhh~ sedap dan jimat. Bahan2 dia better bawak dr semenanjung mcm bawang ,tomyam kiub, beras etc. Jangan lupa tapau sekali kepak bakar dengan pekan ranau tuuu.. sedapppppp..

*tips*
carilah any homstay yang ada kitchen atau yang sediakan dinner. Senang sebab malam confirm dah malas nak keluar, dengan cuaca yang sejuk mencucuk tulang lagi.
Kami semua bermalam di kundasang tanpa mandi.. hahaha

Disebabkan kami decide untuk masak, so selepas survey, kami pilih homestay "SULAP".
 Ada sharing kitchen ✌️
Image result for sulap homestay
*Homestay SULAP*
new place, new equipment and everything is new
RM180 per night

ada banyak lagi bilik, starting price for RM90

Kalau ada yang berminat untuk stay di SULAP, boleh click link bawah ni.. tak pun boleh contact the owner of Sulap , Mr Uzair +6011 1315 4687

Sulap FB : https://www.facebook.com/hey.sulap/timeline
Sulap IG ( Hey.Sulap ) : https://www.instagram.com/hey.sulap/

Orait, since sy da cakap yang ada dapur kan, meh saya share bukti memasak. diulang semula ya.. SAYA yg masak. haha



* Nasi Putih * Tomyam * Sardin Pedas*

Anyway, disebabkan kepenatan terpacak dekat KLIA dr pukul 5 pagi, malam xda aktiviti sangat melainkan dinner dan terbongkang. 💤💤💤 And please please please, kesejukan tahap melampau walaupun saya manusia banyak lemak .  Kalau Ada bawak budak, make sure prepare them well at lease ada stokin + long sleeve. Macam aku, bawak cousin umur 3tahun, mlm tu duk merengek menangis ja...cam bergegar juga lah sulap tu dengan suara dia. Maybe sebab pening, tak biasa dgn kesejukan,  penat atau perubahan cuaca . Standby la panadol budak kecik sekali.

Itu lah cerita di hari pertama. ada lagi hari ke 2 sampai ke 4.
😀


ok, rasa penat menulis.
part 2?  mungkin ada mungkin tiada
hahahhaha

❤,
Ivana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...