Assalamualaikum
After two years or 3 years?
Finally
;)
come, here the short and sweet entry regarding Sabah trip 2017
Day 1
Dalam pukul 5 pagi kami da terpacak dekat KLIA since flight kami di awal pagi.
Alhamdullilah, no delay. Flight 7.30am lebih kurang 2jam setengah bertapa dalam flight, sampai lah dekat kk airport dalam pukul 10 pagi. Flying with MAS with cost of Rm280 for return ticket.
Murah ;)
*Tips*
Kalau da pernah jejak bornea, boleh abaikan part
Airport Sabah @ sarawak , dia macam lebih kurang oversea. Korang wajib lalu di area kastam tau, nanti pegawai bertugas akan bagi kad . Lebih kurang macam kad pelawat untuk masuk dan keluar dari sabah. Please make sure jangan hilang ya , nanti takut tak boleh balik semenanjung
As alternatif, sapa2 ada passport boleh juga guna passport
(sambil2 penuhkan muka Surat passport yg byk berbaki lagi br berbaloi buat passport kekdahnya )
Sampai ja airport, driver van dah tunggu and terus amik lunch since perjalanan ke kundasang tu agak jauh. Untung amik dgn driver ni tuk trip yang ramai, sebab dia boleh suggest terus jadual perjalanan. Tak ya pening2 bukak Waze . Kami guna bantuan driver ni untuk full-day for 4 days.
Dapat price RM250 perday, and the total is RM 1,000.00.
Owh, nama driver tu Sham. Sangat friendly dan tak rasa awkward pun walaupun masa lunch tu van kena saman sebab tak letak parking ticket ๐
The journey is begin
Untuk hari pertama kami terus decide ke area Kundasang dulu, bagi settlekan yang jauh dulu.
On the way ke kundasang yg amik masa dlm 2jam++ , first pitstop is rumah terbalik RM10.60 . Actually an options sebenarnya nak berhenti ke tidak, bagi pendapat saya, da alang2 sampai Sabah, singgah ja bah
Anyway, dekat area situ ada juga 3D muzium tapi driver kata kat semenanjung da berlambak 3D museum. Maka kami tak masuk lah 3D muzium tu..
Next is as jambatan tamparuli. kenal tempat tu pun sebab Marsha :)
lepas jambatan tamparuli tu, jalan nak start membukit macam cameron highland ya.
Bagi mengelak adegan muntah, mohon bawak minyak angin dan adik beradik beliau. Kalau tak, haha jadi lah mcm saya , sebab jalan-jalan berliku ni adalah benda yang aku failed.
Ivana-the-loser sangat
Dlm perjalanan ke kundasang tu juga, boleh singgah Pasar Nabalu . Beli lah bermacam jenis buah. Lagi-lagi nenas dia , gilaaaaa sedap + manis. Saya yang jenis tak makan nenas pun boleh telan beberapa potong. Beli sebijik and minta jasa dia kupas sesiap. Tips, jangan lupa beli kicap dia sekali & ada kat sabah ja rasanya kicap tu.
Macam-macam ada jual kat situ, klu nak beli t-shirt atau cenderahati pun ok juga.
The importante is finally kat situ ada toilet kahkahkah , prepare lah siap2 sebab jauh lagi nak ke kundasang tu. anything can be happen in future.
*view tepi toilet pasar nabalu*
view is SUBHANALLAH, Weather is SUBHANALLAH
After 45mins kot ( hahah pepandai ja kan ) , sampai lah dekat pekan ranau. Nak tau da sampai ranau tu bila nampak roundboard ada buah kobis kat tengah2 roundboard tu. Disebabkan ada orang tu agak *loser* so, terpaksa pinjam gambar dari blog lain.
mohon izin ya tuan blog
and the BEST ever part during this journey is
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
It's 4pm and this is very warm welcome from Gunung Kinabalu
Sangat jarang berlaku bak kata Sham. sampaikan dia pun excited nak ambil gambar juga
kalau ada yang tak percaya, meh sini saya share
mohon compare, ni gambar masa balik, awan pemalu habis nak tunjuk puncak gunung
beza kannnn
. Kalau jenis nak memasak, boleh lah beli sayur2 kat situ. Cuma jgn expect tinggi sangat akan tahap fresh sayur tu.. huhuuu mungkin masa tu tak da rezeki untuk saya.. just masak most easy-peasy meal, buat lah tomyam tuk dinner. Fuhhh~ sedap dan jimat. Bahan2 dia better bawak dr semenanjung mcm bawang ,tomyam kiub, beras etc. Jangan lupa tapau sekali kepak bakar dengan pekan ranau tuuu.. sedapppppp..
*tips*
carilah any homstay yang ada kitchen atau yang sediakan dinner. Senang sebab malam confirm dah malas nak keluar, dengan cuaca yang sejuk mencucuk tulang lagi.
Kami semua bermalam di kundasang tanpa mandi.. hahaha
Disebabkan kami decide untuk masak, so selepas survey, kami pilih homestay "SULAP".
Ada sharing kitchen ✌️
*tips*
carilah any homstay yang ada kitchen atau yang sediakan dinner. Senang sebab malam confirm dah malas nak keluar, dengan cuaca yang sejuk mencucuk tulang lagi.
Ada sharing kitchen ✌️
*Homestay SULAP*
new place, new equipment and everything is new
RM180 per night
ada banyak lagi bilik, starting price for RM90
Kalau ada yang berminat untuk stay di SULAP, boleh click link bawah ni.. tak pun boleh contact the owner of Sulap , Mr Uzair +6011 1315 4687
Sulap FB : https://www.facebook.com/hey.sulap/timeline
Sulap IG ( Hey.Sulap ) : https://www.instagram.com/hey.sulap/
Orait, since sy da cakap yang ada dapur kan, meh saya share bukti memasak. diulang semula ya.. SAYA yg masak. haha
* Nasi Putih * Tomyam * Sardin Pedas*
Anyway, disebabkan kepenatan terpacak dekat KLIA dr pukul 5 pagi, malam xda aktiviti sangat melainkan dinner dan terbongkang. ๐ค๐ค๐ค And please please please, kesejukan tahap melampau walaupun saya manusia banyak lemak . Kalau Ada bawak budak, make sure prepare them well at lease ada stokin + long sleeve. Macam aku, bawak cousin umur 3tahun, mlm tu duk merengek menangis ja...cam bergegar juga lah sulap tu dengan suara dia. Maybe sebab pening, tak biasa dgn kesejukan, penat atau perubahan cuaca . Standby la panadol budak kecik sekali.
Itu lah cerita di hari pertama. ada lagi hari ke 2 sampai ke 4.
๐
Itu lah cerita di hari pertama. ada lagi hari ke 2 sampai ke 4.
๐
ok, rasa penat menulis.
part 2? mungkin ada mungkin tiada
hahahhaha
❤,
Ivana
No comments:
Post a Comment